Si Kancil Merah Putih yang comel… Di mana ada aku, di situ ada kamu. WPR 8561, walau kita telah terpisah aku tetap merindui kamu, banyak memori kita rakamkan bersama sebelum kau dirampas dariku…
Masihkah kau ingat, suatu malam ditepi simpang Jalan Chow Kit kira-kira jam 9.30 malam (tarikh aku tidak ingat tp dua hari sebelum raya puasa) tiba-tiba tubuh belakangmu dicerobohi. Tanpa relaku kau dinaiki. Namun dengan tenang, aku meminta si penceroboh tegap itu menjauhi badanmu, tapi kedegilan juga menunjukkan keegganan si penceroboh.
-Aku dan Cakna berhenti di tepi jalan untuk membetulkan cermin pandang tepi yang tersenget gara-gara digesel penunggang motor yang cuba mencelah. Kejadian yang berlaku agak pantas itu, berjaya mendiamkan mulut bisingku. Sedang membetulkan cermin, tiba-tiba datang seorg lelaki kira-kira berusia 30-an membuka pintu Cakna setelah berjaya membuka lock lantaran tingkap terbuka untuk aku membetulkan cermin tepi.
“Hantar saya ke Keramat,” perintah lelaki itu. Aku yang terkejut, cuba berlagak tenang dan memalingkan muka memandangnya di tempat duduk belakang.
“Maaf, encik, ini kereta surat khabar, bukan teksi,” terangku kerana menyangka lelaki itu menyangka Caknaku seperti teksi lantaran color yang menyerupai teksi.
“Apa ni, awak tidak dengar ke, saya kata hantar saya ke Keramat!” tengkingnya.
“Encik, ini bukan teksi, Ini kereta saya!” Aku mula naik berang.
“Eh, apa ni, belum jalan meter dah RM7.30. Ini kira menipu, nanti saya adukan dekat LHDN. Sudah2 jalan cepat!” Perintahnya sambil menunjukkan pukul 9.30 malam di jam digital sebagai RM9.30 yang dimaksudkan sebagai meter itu. Ketakutan mula mecabuli rasa berangku tadi.
“Eh, mamat ni ok ke tak?” bisik hatiku.” Bertambah takut bila tiba-tiba lelaki yang berbadan agak tegap itu ketawa besar. Sudah! mati aku macam nih! mengucap-ngucap dah aku. Aku nak menjerit keluar dari Cakna, tp bila melihatkan di kawasan Chow Kit tu banyak orang Indon, aku mematikan hasrat untuk menjerit.
Dari cermin pandang belakang aku lihat lelaki (dia berpakaian kemas-macam kerja ofis lagaknya) tu bersandar relax. Rasa kasihan mula menyelubungi diriku. Aku tidak sanggup melihat orang senegara denganku dipukul oleh org luar sekiranya aku menjerit. Keadaan pasti lebih gamat dan teruk lagi. Apa pun, aku perlu tenang dan kawal keadaan.
Bagi aku dia ’sakit’ dan tidak perlu dipukul. Nanti kalau jerit, org akn ingat dia mengacau perempuan tanpa soal siasat pasti dia akan dibelasah. Sebagai rakan satu negara, adakah aku sanggup tengok saudara satu negaraku dipukul org Indon? Tidak! Lantas aku teringat buku Psikologi yg pernah aku baca dan pelajaran Psikologi yg pernah aku ikuti.
Cuba bertenang walaupun hati aku sibuk bertendang-tendang. “Ok encik, saya hantarkan,” aku mula bergerak perlahan. Dalam kepala ligat memikirkan, kat mana perlu aku bawa org sakit ni. Ke balai Polis? Jauh…Ke balai bomba? eh, tak sesuai. Lalu terpandang signbord Hospital KL. Sini boleh kot? ada wad mentalkan…
Sepanjang memandu lelaki itu becok bertanya aku itu ini. “Kesian awak, malam2 nak raya ni awak terpaksa bawa teksi. Suami awak tak marah?” Binawe punya lelaki, dia kata aku bawa teksi? takpe ah, ada bakat gak jd teksi driver rupanya aku. Tp lebih parah, adakah dia tanya suami aku! Ya ampun!!!
Aku diam je, cuma tersenyum memandang cermin pandang belakang. Tiba2 dia merapatkan badannya dari arah belakang ke kerusi pemanduku. Badannya dahlah tinggi dan tegap, seram dibuatnya. Aku pula, menjarakkan badanku (terlalu hampir dengan stereng), tapi dia perlahan-lahan menarik kedua-dua bahuku. “Marilah…kita borak-borak…” Sampai satu tahap dia bercakap seperti berbisik dekat telingaku. Gelinya, Tuhan saja yg tahu. Nak terkucil pun ada.
Takut punya fasal aku buka lampu. “Kenapa buka lampu, nanti orang lain marah?” soalnya.
“Ayah saya kata, orang lelaki dengan orang perempuan yang tak kenal berdosa duduk gelap. Nanti ada hantu kacau,” jawabku, dengan nada memujuk. Dia pulak, spontan balas, “Pandai gak, ayah awak ye,” sambil tergelak besar. Aku yang tiba2 terasa kelakar dengan nada tawanya, turut sama tergelak. Terlupa sekejap ketakutan tadi.
Sampai sahaja di hadapan wad kecemasan, aku pandu laju dan buat break emergency agar pegangan lelaki itu di bahuku terlepas. Aku terus berlari keluar dari dalam Cakna berkaki ayam. Melompat2 gak aku depan pondok guard tu sebab terkelu nak cakap apa. Bila aku ternampak dua lelaki pakai Uniform polis, aku terus berlari merapati mereka dan bagitahu ada orang sakit dalam Cakna aku. Eh! pelik gak, nampak polis, boleh pulak aku bercakap.
Maka org sakit tu pun dibawa (Setelah puas dipujuk), Hai…bermalam kad wad mental gamaknya malam tu. Aku pulak, tarik nafas lega. Nasib baik takde pe2 berlaku. Bile diingatkan boleh jd lucu.
Sampai sekarang masih ada orang di Ofis yang perli aku, ” Sue, jangan jadi prebet sapu lagi malam ni!”.
KISAH KEDUA
Tengah aku tersenguk-senguk sebab mengantuk baru balik dari ofis, kira-kira jam 10.30 malam tiba-tiba kereta proton wira depan aku berhenti mengejut. Aku yang agak mamai cepat2 tekan break Cakna, nasib baik tidak terlanggar belakang.
Dari tingkap Cakna yg ku buka sedikit aku terdengar pemandu wira tu mengomel dan marah2 sesekali terdengar perkataan mencarut keluar (dari percakapannya aku agak dia orang India).
Bila dia memecut laju wiranya, tiba2 aku ternampak seekor kucing berjalan seperti menyeret kakinya. Siap mengiau-ngiau, macam mengerang kesakitan yang teramat sangat.
Barulah aku tahu, yang India tu maki2 tadi adalah kucing yg dilanggarnya. Dalam hati aku menyumpah2. Dahlah langgar satu benda yang bernyawa tanpa rasa bersalah maki2 pula. Walaupun hanya seekor kucing, tetap satu nyawa!
Aku amik kucing tu, aku balut dengan paper Sinar Harian. Aku tidak mahu darahnya menitis dalam Cakna. Kucing tu mengiau-ngiau, tahan sakit yang teramat gamaknya.
“Hie, berdentumlah hendaknye wira tadi!”
Aku mati akal kat mana nak bawa kucing tu. Puas aku pusing Seri Gombak tapi tidak nampak pun Klinik haiwan. Last sekali, bila dah habis fikir aku bawa g Klinik Zaini dekat Kampung Laksamana tempat adik aku bersunat.
Malam2 hari tu, aku gegar pagar klinik tu. Tak kira, janji kucing tu tak bising2 sakit lagi. Nasib baik ada Dr (mungkin ada bilik kat situ so, Dr tu tido kat situ) Aku cuba2 nasib je, pergi klinik malam2 buta macam tu.
Puas aku pujuk Dr tu tengok kucing tu, sampai satu tahap Dr tu cakap,
“Saya bukan Dr haiwan…saya Dr orang…”
“Tapi ubat tahan sakit dan pembalut luka haiwan atau org sama je kan? boleh pakai kan? Alah Dr, dalam saat2 genting macam ni, takde tali akar pun boleh kan Dr…” aku cuba memujuk.
Setelah puas memujuk sampai tahap termeninggikan suara ahkirnya Dr tu tolong juga.
“Saya tolong bersihkan luka dan balut sahaja tau…ubat tak sama kang mati pulak,” katanya tenang. Dr lah katakan… cool je. Aku je yg gabra semacam. Segan pulak bila teringatkan sikap aku yg agak mendesak dia tadi.
“Aah, takpe takpe, mati pun nak buat macamna dah ajal… jawapannya Sadakallah…” jawabku selamba sambil menggeleng-gelengkan kepala, tanpa melihat muka Dr yang pangkat abang denganku itu.
Aku meluru lari ke Cakna mendapatkan si Malang tadi. Dr tu pulak follow aku dari belakang.
“Jangan lari2 nanti cik pulak yg jatuh, satu masalah lagi,” rungut Dr tu , yang sebenarnya perli aku sebab kacau tidur dia. Ah, lantak kaulah Dr…
Sampai je kat Cakna aku terus keluarkan kucing tadi dan aku serahkan pada Dr td. Dr tu bulat mata dia pandang aku sambil kerling Cakna ku.
“Lah, repoter Sinar Harian rupanya, cik jaga kawasan mana?” tanyanya sebaik kucing bertukar tangan. Aku yg nak cepat rawatan tu selesai, dengan tanpa guna otak terus menjawab, ” hah, nak bertemu ramah lepas ni ok…kang mati pulak kang…” jawabku selamba. Hei, malunye…kenapalah mulut aku ni tak tau cover langsung. Macam tu jawab dengan seorang Dr. Ah, lantak kaulah Dr… jumpa org macam aku.
Setelah hampir 15 minit kerja2 bantuan kecemasan dilakukan, aku minta diri untuk pulang. Aku nak jelaskan bayaran tapi Dr tu kata tidak payah. Katanya dia juga nak jadi Cakna macam aku. Pergh!!! perli aku ke.
menyesal aku jawab soalan dia tentang apa dia makna Cakna. Bila dia dah tahu makna Cakna dia jadikan modal pulang paku buah keras pulak.
Yang pasti kucing tu selamat… aku sorok2 bawa balik rumah, letak bawah katil. Hampir seminggu baru sembuh.
Wira yang langgar kucing tu, masa dalam perjalan balik dari klinik aku selisih dengannya. Alamak ai, rebeh bumper dia langgar penghadang jalan. Hum, padan muka! langgar kucing, sekarang kau langgar penghadang jalan.
SEBENARNYA BANYAK LAGI KENANGAN AKU & CAKNA…



Recent Comments